Pernahkah kamu merasakan..
Bahawa kamu mencintai seseorang?
Walaupun kamu tahu dia tidak mencintaimu lagi,
dan Meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas tapi kamu tetap mencintainya?
...
Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta?
menangis di kala terluka?
tersenyum di kala bahagia?
tertawa di kala bersama?
bersedih di kala berpisah?
Aku pernah.
...
Aku pernah tersenyum meski ku terluka!
Kerna aku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku.
Aku pernah menangis di kala bahagia.
Kerna aku takut kebahagiaan cinta ini akan pergi begitu saja.
Aku pernah bersedih di kala bersamanya.
Kerna aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti.
...
Pintaku pada Illahi bahawa cintaku selalu dilindung olehNYA selalu.
Tahajjudku selalu meminta Illahi supaya menyatukan kami dalam iman dan taqwa.
Hajatku kepada Illahi supaya kamu akan selalu berada di sisi, di saat tawa mahupun dukaku.
Ya Allah, terima kasih kerana memberi Da-Da dalam hidupku.
Syukur aku yang tiada nilainya untukMu, Ya Allah.
Moga kami selalu diberkati HidayahMu, Ya Allah.
Engkaulah tempat kami berlindung Ya Allah.
Kerana Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkaulah juga tempat kami bermohon, Ya Allah.
Supaya kami diberi Syafaah yang tidak terhingga untuk menjalani perjalanan ini, Ya Allah.
Kami bersujud ke atas Engkau, Ya Allah.
Maka terimalah doa kami ini Ya Allah.