Tersirat di dalam bingkai mindaku...
saat-saat ini pemikiranku menerawang ke sebuah sudut kosong di dalam bingkai mindaku.
terlalu byk perkara yang aku sedang memikirkan.
mungkin juga aku memikirkan perkara yang diluar jangkauanku.
seolah enjin ferrari yang laju meniliti litar yang sedia ada, berlumba mahu menjadi juara!
mana kerja menimbun di pejabat.
mana manusia2 di tempat kerja "mengasah" taring sebenar mereka, umpama binatang2 liar yang mahu menebus "territori" mereka.
mana nota2 yang hendak dibaca untuk peperiksaan yang akan tamat seminggu dua lagi.
mahu mengeluh, sifat kurang elok.
mahu tersenyum, aku lelah.
tengok laman blog ni.. lama menyepi...
bukan kurang topik nak ditulis.. cuma kurang masa untuk menukil kata.
banyak perkara lagi yang berlaku dalam tempoh sebulan dua yang lepas.
Nenek kembali ke Rahmatullah sebulan lebih yang lepas.
Kini aku tanpa nenek dan datuk dari kedua2 pihak mama mahupun abah.
Tapi.. aku kurang merasai kehilangannya berbanding apabila arwah nenek, emak kepada abah, meninggalkan kami berpuluh tahun yang lampau.. kehilangannya amat dirasai dahulu, walaupun umur aku masih setahun jagung.
Namun, pasti sunyi apabila tiba raya nanti...
Saat ini hatiku berdetik untuk seseorang.
Lebih muda dariku.
Kelakuannya selalu mencuit hati kecilku.
Kami selalu meluangkan masa bersama, walaupun seminit dua.
Walaupun sepenat mana.
Pasti kami berdua pulang dengan senyuman.
Aku sering terbuai.
Sering rasa diburu perasaan takut ke atas diri sendiri.
Takut2 terjatuh..
Semua harus aku redah.
Harus aku tempuh dengan berani.
Ya Allah, berikanlah aku segala ketabahan hati yang setimpal dengan dugaanMu ini...