disclaimer
fast rules

dun shit where u eat.
dun screw and leave.
dun speak if aint necessary.


profile
about me


My Space or Yours? www.myspaceoryours.net

major bitch.
positive antagonist.
deep analyser.
procastinator.
ex rugger.
lazer-ed spit.
soopa lame.


links
escapades


Food Journals
puteri berendam
i.eat.i.shoot.i.post
she bakes & she cooks
camemberu

Sanity Reads
yasmin ahmad
afdlin
marina mahathir
zaidy nandir
imran ajmain
fadly ahmad
patrick teoh
cowboy malaysia
sultan muzaffar
nona kirana

Friends & Foes
hilman
shahruddin
rashid


archive
nostalgia

September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
November 2010
December 2010
February 2011
April 2011
June 2011
July 2011
August 2011
January 2012
July 2015
October 2015
June 2016
September 2016
March 2020


credits
thankyou

designer: frozen.d}
resources: x


titik noktah buat Abang
(Sunday, August 20, 2006/11:51 AM)

salaam semua.

hari ini, aku tersadar bila jam locengku berbunyi tanda subuh datang menjemput pagi.

mataku masih kelat. kepalaku masih berat berpunca kepada aksiku melayankan tangisku sebelum tidur.

namun aku lawankan juga rasa sebal di dada, dan terus membersihkan diriku untuk sessi harianku bersama Khaliq-ku.

mungkin ramai yang seakan menyanyakan kenapa aku tangisi kehidupanku ini..

disebalik senyumku, tawaku ada terselindung duka dan laraku..

selama ini, aku diam membisu seribu bahasa bukan kerana aku mahu.. cuma aku masih belum sempat untuk berdepan dengan kenyataan ini..

tapi seumpananya semalam aku terbangun dari lena yang lama..

tubuhku seperti digoncang kasar dari lamunan kehidupanku ini..



pertemuan kami berdua terjalin sejak alam persekolahan lagi.

asalnya kawan sekampus. akhirnya menjadi sepasang teman yang akrab menjalin persahabatan yang dicemburui teman2 se-usia kami..

perasaanku bahagia disampingnya.. dibelai kasih dan sayangnya. dimanjakannya.

lalu, kami menjadi sepasang kekasih.. yang sudi menjalinkan talian percintaan kami.

tujuh tahun kami bersama.. melalui banyak perkara. pertelingkahan kata. api cemburu hangat membara antara kami berdua. namun syukur dapat diselamatkan sikap tolak ansur..



namun dua minggu sebelum tali ikatan pertunangan kami hampir tiba..

aku merasakan serba salah. seperti ada yang tidak kena.

selama ini, sikap 'playboy-nya' selalu menghantuiku.. tapi pada masa itu aku terasakan amat taksub keatas perasaanku sendiri..

di dalam hatiku berdoa.. 'Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku jika dia betul curang dalam pertalian kasih ini.. aku tidak mahu lalai dalam perasaan ini dan aku juga tidak mahu membuat keputusan yang salah dalam hidup ini.. sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan Engkaulah yang Maha Mengasihi'

tidak silap langkah kedua, aku lihat dengan mata pandanganku sendiri.

dia sedang leka.. sedang asyik berpimpinan tangan dengan sahabat karibku seketika itu.

aku menghela nafas yang panjang.. lalu dalam hati kecilku yang ketika itu remuk dimamah perasaan.. aku sempat mengatakan.. 'Ya Allah, aku berterima kasih atas ketentuanmu'

disaat aku melafazkan hasratku untuk membatalkan majlis pertunangan itu, aku pasrah.

aku meninggalkan sifat cinta aku terhadap seorang lelaki saat itu.. namun aku tidak pernah membenci kaum Adam.. cuma rasa kecewa ini yang bermaharajalela ketika itu...


empat tahun lamanya, kini kau kembali di dalam kehidupan aku.

menagih cinta lama. cinta yang kian rapuh. api cinta yang telah lama aku padam selama ini.

iya. memang aku pernah berjinak2 bercinta selepas kau.. namun aku gagal menerima mereka dalam kehidupanku.

aku masih ada sifat membandingkan mereka dengan kau.

oleh kerana tidak mahu digelar 'perempuan jahat yang suka memainkan perasaan lelaki', aku meninggalkan semua diantaranya.

aku tega. mungkin pada saat itu aku masih merintih yang engkau kembali di hatiku.

tapi sekarang.. semuanya telah berubah..

setelah kau kembali... aku merasakan janggal.

kemesraan kita berdua tidak setebal dulu.. aku kekok bila berada berduaan dengan kamu.

pertemuan kita berdua akan selalu berakhir dengan pertelingkahan lidah, dengan kata-kata cemburu kamu, tanpa usul periksa. tanpa menghiraukan perasaanku.

aku dimamah resah. diculit risau.


aku mengambil keputusan untuk bertahajud dan berisythikarah.

bermalam2 aku menemani perasaanku dengan Illahi. dengan ya Khaliq.

dua sepertiga malamku.. aku ruqu' dan sujud.. bertawadu' meminta kelimpahan rahmatnya. demi untukku meneruskan kehidupan ini dengan kebahagiaan...

aku juga meminta bahawa jika engkau lah jodohku, perdekatilah aku denganmu.. jika tidak, jauhilah aku dari kamu..

dan hari ini, aku menulis warkah ini untuk memberitahu kamu yang aku sudah pun mengambil keputusan buat diriku.



Abang...

Terima kasih atas segala cinta abang selama ini.

Halalkan segala buat saya selama perhubungan kita ini.

Saya bersyukur bahawa saya dapat berkongsi kasih sayang Abang dan mak dalam hidup saya.

Perit hati saya untuk meninggalkan Abang dan mak, tapi buat kali ini saya tidak ada keputusan lain.

Saya harus menjalani kehidupan saya di masa hadapan tanpa igauan lama memaut hati ini.

Kasih saya bukan buat abang sekali lagi.

Maafkan saya Abang.

Selamat tinggal Abang.



Di saat ini pasti teman-teman rapatku dapat membaca apa tersirat di dalam benakku ini.

Rasa kepahitan bercinta akan berakhir di sini sahaja insyaALLAH.

Aku bangkit dengan semangat baru dalam hidup.

Persis orang yang sudah lamanya terlena, diulit mimpi durjana.


Kini aku mengharapkan genggaman tanganmu lembut wahai teman. Aku berharap kau boleh menasihatiku lembut jika aku salah mengorak langkah lagi.


Khusus buat Ijal, Ima dan Haizam...

Terima kasih atas membangkunkan aku dari lenaku.


Yang ikhlas, Siti "Ecah" Alias


posted by yournamehere. murder me? | 0 murdered me.